Exam / Temuduga

Exam online SPA, Panduan Temuduga SPA dan Tips Kerjaya Terbaru

Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ialah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertindak sebagai badan yang diberi kebenaran untuk memungut hasil menerusi cukai tidak langsung dan mengawal selia perkembangan perindustrian dan perdagangan yang membangun dengan pesat.

YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
YBhg. Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
KDRM turut memantau dan melindungi perdagangan negara daripada aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bagi melindungi hasil dan menjaga perkembangan sosial, ekonomi dan keselamatan serta kedaulatan negara.
Hasil dikutip menerusi duti eksport, duti import, duti eksais, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan levi keuntungan luar biasa. KDRM juga bertindak untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dan memberi bantuan nasihat berkenaan tatacara dan prosedur perkastaman dan percukaian secara langsung.
KDRM perlu memantau undang-undang yang ditadbir dilaksanakan secara tulus dan benar. Meningkatkan pengetahuan awam dan pelesen berkaitan dengan kepentingan undang-undang yang berkenaan adalah tanggungjawab KDRM. Perkhidmatan yang berkualiti dan professional perlu diberikan selaras dengan piagam pelanggan yang telah digariskan.
kerjaya penguasa kastam gred w41
Anggota kastam dalam satu acara perbarisan.

Peluang kerjaya di KDRM


Pihak KDRM tidak mengadakan pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Atasan. Ianya diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Untuk jawatan Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Rendah Awam, Pembantu Am Pejabat dan Pemandu, KDRM akan menyiarkan iklan jawatan kosong tersebut ke akhbar-akhbar harian di seluruh negara.
Permohonan boleh dibuat sepanjang masa dan tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Jawatan dalam KDRM :
Bagi jawatan Penguasa Kastam, calon-calon yang berjaya menduduki peperiksaan dan lulus temuduga akan ditempatkan di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.


Peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41


Soalan-soalan yang bakal ditanya dalam peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 3 seksyen iaitu :
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Ujian psikometrik.
Mahukah anda download 106 contoh soalan peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred W41?

Jarang-jarang ada secara online --- > contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam.




0 Komentar untuk "Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41"

 
Copyright © 2016 Exam / Temuduga - All Rights Reserved
Template By Catatan Info