Exam / Temuduga

Exam online SPA, Panduan Temuduga SPA dan Tips Kerjaya Terbaru

Contoh Soalan Exam Penguasa Kastam W41 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ? Mahukan tips peperiksaan, contoh soalan exam, panduan peperiksaan penguasa kastam gred w41 pada 6 september 2014 ?
Ya.
Disini adalah tempat yang tepat untuk anda dapatkan tips, contoh soalan, panduan peperiksaan Exam Penguasa Kastam Gred W41 itu. Ramai rakan-rakan saya yang telah dijemput untuk menduduki peperiksaan ini. Memang tepat sangkaan saya iaitu peperiksaan gred w41 ini menerima nasib yang sama seperti Penolong Penguasa Kastam Gred W27 iaitu Peperiksaan Online. Dimana dalam peperiksaan online ini hampir 80,000 calon yang akan sama-sama menjawab bersama anda. 
Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
Tahniah saya ucapkan bagi anda yang menerima email tawaran ini. Sebelum itu untuk pengetahuan anda saya adalah bekas calon peperiksaan online kastam gred W27 yang lalu. Dimana saya antara batch yang kedua menjalani peperiksaan online selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib Gred S27. Sebenarnya banyak kelebihan untuk anda yang menduduki peperiksaan online berbanding format peperiksaan bertulis sebelum ini. Hal ini kerana anda boleh menggunakan tips nakal menghadapi peperiksaan online supaya lulus dengan cemerlang. Bestkan?
Selain itu, saya juga difahamkan untuk jawatan penguasa kastam gred w41 ini mempunyai kekosongan yang sangat banyak kerana (nak tahu sila isi maklumat anda di Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41. InshaAllah saya yakin dan pasti jika anda dijemput untuk menduduki peperiksaan online penguasa kastam gred w41 ini, sebelah kaki anda sudah menjawat jawatan awam itu. Cuma anda perlu sedikit usaha supaya lulus peperiksaan online ini. Pasti peringkat yang seterusnya mudah untuk anda. InshaAllah.

Semakan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Peperiksaan Online Kastam
Calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online penguasa kastam w41 akan menerima email yang didaftarkan di dalam laman web SPA. Jika tidak anda boleh terus semak di laman SPA iaitu di Semakan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Berapa Ramai Calon Peperiksaan Online Kastam Ini ?

Ini adalah soalan yang paling femes sering ditanya oleh calon kepada saya. Bagi saya anda tidak perlu tahu berapa ramai calon tetapi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mempersiapkan diri untuk exam online kastam yang akan anda hadapi pada 6 september nanti.
Ingat ! Peluang untuk menduduki peperiksaan SPA bukan semua orang layak. Beratus-ratus ribu graduan universiti lepasan degree seperti anda memohon SPA tetapi yang terpilih cuma anda. Bagi saya, ini adalah rezeki anda untuk menjawat jawatan awam yang sangat ekslusif. Maka hargai dan rebutlah peluang yang ada dengan persiapan-persiapan yang akan saya kongsikan dengan anda di dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Tatacara Menduduki Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Penguasa Kastam W41
Saya tahu ramai diantara anda pertama kali dijemput untuk menduduki peperiksaan online penguasa kastam w41 ini. Jadi ramai yang tidak tahu macam mana nak duduki peperiksaan online ini? Adakah perlu mengambil peperiksaan online ini dirumah ke? Di balai kastam berdekatan ke? atau di ibupejabat SPA? Hehehe. Jangan pening abang, kakak semua. 

Beberapa Peringkat Untuk Menjawat Jawatan Penguasa Kastam W41

Ini merupakan perkara yang sering ditanya oleh calon kepada saya. Untuk pengetahuan anda, bagi menjawat jawatan penguasa kastam gred W41 anda perlu melepaskan diri dengan 2 peringkat seperti berikut :
  1. Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
  2. Temuduga Oleh Panel Penguasa Kastam W41
Jika anda berjaya melepasi semua peringkat ini maka anda sudah layak digelar TUAN/PUAN PENGUASA KASTAM !
Bagaimana pula dengan ujian fizikal? Ada ke tidak?
Baik soalan yang bijak. Apa yang dimaklumkan menerusi laman Pemeriksaan dan Pancaindera Jawatan Penguasa Kastam Tidak Tersenarai. Maka bagi anda yang mempunyai masalah kurang tinggi, berat badan kurus dan berlebihan cuba sahaja menjawab peperiksaan online ini. Pihak SPA memang tidak akan buat ujian kepada anda. Kalau rasa tak yakin dengan kenyataan saya ini. 

Sukatan Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Berdasarkan email yang diterima. Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini mempunyai 3 seksyen yang baharu seperi berikut :
Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.

Masa : 40 minit

Soalan : 50 (aneka pilihan)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 45 minit

Soalan : 40 (aneka pilihan)
Seksyen C – Ujian Psikometrik
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Masa : 1 jam

Soalan : 200 (aneka pilihan)

Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam gred W41

Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam W41

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
Bagi anda yang serius mahu berjaya dan lulus peperiksaan online ini ayuh dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 iaitu dengan daftar nama, email dan no-telefon anda untuk berada di dalam senarai list  bagi mendapatkan info, tips dan review copy ebook seperti info terkini terus ke email dan whatsapp anda.
Jadi jangan buang masa terus daftar di Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Dan sila sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain semoga semuanya beroleh manfaat.




0 Komentar untuk "Contoh Soalan Exam Penguasa Kastam W41 2014"

 
Copyright © 2016 Exam / Temuduga - All Rights Reserved
Template By Catatan Info