Exam / Temuduga

Exam online SPA, Panduan Temuduga SPA dan Tips Kerjaya Terbaru

13 pegawai kastam antara 22 dicekup SPRM

Seorang Pengarah Kastam Negeri bersama 12 pegawai antara 22 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi khas di Lembah Klang, semalam.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Bahagian Operasi, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan 10 pemilik syarikat, ejen dan pemandu lori turut ditahan kerana terbabit dalam aktiviti rasuah berkaitan penyeludupan barang yang tidak diisytihar cukai.
Shukri berkata, penahanan semua individu itu adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.



Katanya, dalam operasi itu pihaknya turut merampas sejumlah wang tunai serta barangan seludup dari gudang pelabuhan.
"Sindiket ini membabitkan transaksi rasuah kerana melindungi aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.
"SPRM percaya tangkapan itu berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di zon berkenaan," katanya.
Operasi khas yang diketuai SPRM bermula semalam itu turut disertai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.




0 Komentar untuk "13 pegawai kastam antara 22 dicekup SPRM"

 
Copyright © 2016 Exam / Temuduga - All Rights Reserved
Template By Catatan Info